Mangsa maut ialah pemandu Proton Persona, Mohammad Syawal Mohd Sukri, 29, dan penumpang Perodua Kancil, Rokiah Kassim, 59.

ALOR SETAR: Dua individu maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kampung Ketemba, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik dekat Baling.
Mereka ialah pemandu Proton Persona, Mohammad Syawal Mohd Sukri, 29, dan penumpang Perodua Kancil, Rokiah Kassim, 59.
Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung nahas itu yang membabitkan tujuh mangsa pada 5.20 petang tadi.
“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Syawal yang dinaiki empat mangsa lain dalam perjalanan dari Jeli menuju Sidam, Sungai Petani, manakala kenderaan dinaiki Rokiah bersama seorang lagi mangsa dari arah Kulim menghala Baling.
“Sampai di lokasi kejadian, Perodua Kancil dipandu…
