Site icon Hot FM

2 maut kereta tembung 4WD di Lubok Antu


Penumpang dan pemandu Proton Waja disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bomba berkata, mangsa menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit.

PETALING JAYA: Dua maut dalam nahas melibatkan Proton Waja dan Toyota Hilux dekat simpang ke Lubok Antu, Sarawak.

Jurucakap Bomba Sarawak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11.11 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Betong dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.

“Terdapat tujuh mangsa iaitu enam daripada Proton Waja dan Toyota Hilux, seorang.

“Pemandu dan seorang penumpang Proton Waja disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” menurut Utusan Borneo.

Tambahnya, bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version