Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 maut kereta terbabas rempuh pokok

today15 June 2024

Background


Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh pokok dalam kejadian di Kuala Terengganu, awal pagi tadi. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Dua maut selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Pemandu kereta Volkswagen, Samsul Bahri Awang Noh, 50, dan penumpang yang juga anak saudaranya, Nik Muhammad Syahidan Rosli, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian 2.20 pagi tadi, menurut Berita Harian.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Batu Rakit menghala ke rumah di Jerteh, Besut.

Katanya, kenderaan mereka kemudiannya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang pokok serta besi enjin air di bahu jalan sebelah kanan.

“Akibat pelanggaran berkenaan, besi enjin air berkenaan terpelanting dan terkena kereta Proton Iriz yang diparkir di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post