Polis berkata, pemandu Proton Saga meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang penumpang kereta meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

PETALING JAYA: Dua maut dalam kemalangan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Medan Masria susur ke Lebuhraya Grand Saga di Kajang semalam.
Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, kemalangan pada 4.45 petang itu membabitkan sebuah lori dengan empat kereta.
“Siasatan mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9.
“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat Medan Masria, lori terbabit disyaki mengalami masalah brek dan melanggar empat kenderaan di depannya sebelum terbabas ke lereng bukit di susur ke Lebuhraya Grand Saga,” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, nahas itu…