Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 maut nahas 4 kenderaan di Kota Tinggi

today2 September 2024

Background


Pemangku Ketua Polis Kota Tinggi Mohd Syamsuri Mohamad, berkata sebuah MPV hilang kawalan lalu melanggar motosikal, dalam nahas empat kenderaan di Jalan Johor Bahru-Mersing.

KOTA TINGGI: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM61.5, Jalan Johor Bahru-Mersing.

Pemangku Ketua Polis Kota Tinggi Mohd Syamsuri Mohamad, berkata seorang wanita berusia 51 tahun yang juga penumpang belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander dan penunggang motosikal Yamaha 135LC lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan dua kenderaan berkenaan serta kereta Perodua Viva dan lori Isuzu, kira-kira 11.40 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV Xpander dari arah Johor Bahru ke Mersing dipercayai cuba memotong di garisan putus-putus, manakala kereta Viva dari arah bertentangan pula cuba mengelak ke sebelah kanan lalu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post