
PETALING JAYA: Dua maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh kereta dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di KM1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, Bukit Mertajam.
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San berkata, kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mengakibatkan penunggang lelaki dan pembonceng rakan wanitanya, kedua-duanya berusia 20an, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
“Mereka dipercayai baru pulang makan di kedai kawasan Seagate di Bayan Lepas dan mahu balik ke rumah masing-masing di sini, manakala pemandu remaja itu mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kemalangan itu…