
PETALING JAYA: Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan pacuan empat roda dan treler di KM145 Jalan Kuala Lumpur–Kuantan dekat Kampung Desa Bakti di Temerloh.
Dalam kemalangan 1.20 tengah hari tadi, warga tempatan berusia 79 tahun yang memandu Toyota Hilux bersama seorang penumpangnya, warga China berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga lagi penumpang Toyota Hilux terdiri daripada dua warga emas berusia 65 dan 69 tahun serta seorang kanak-kanak sembilan tahun parah.
Seorang lelaki berusia 63 tahun yang memandu treler turut cedera.
Ketua Polis Temerloh, Mazlan Hassan berkata treler dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur itu bertembung Toyota Hilux di laluan bertentangan.
“Mangsa parah dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Pemandu treler turut mendapat rawatan di hospital sama,” katanya…
