Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim dalam kejadian itu hanya sebuah mesin ATM berjaya dibuka dan wang dilarikan.

SHAH ALAM: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Setia Alam dekat sini diletupkan, sebelum wang tunai dianggarkan berjumlah RM349,000 dilarikan.
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut, kira-kira jam 6.48 pagi.
Beliau berkata pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati dua mesin ATM dalam keadaan rosak teruk, dipercayai diletupkan bagaimanapun hanya sebuah mesin ATM sahaja berjaya dibuka.
“Hasil siasatan setakat ini, tiga suspek dilihat memasuki premis ATM bank tersebut menaiki kereta jenis Mitsubishi ASX berwarna putih. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu kabur dan tidak…