Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 minit 3 perompak larikan RM1.7 juta barang kemas di Genting Highland

today17 August 2026

Background


Rompak kedai emas genting
Tangkap layar video tular memaparkan suspek melarikan diri selepas merompak sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands, pagi tadi.
PETALING JAYA:

Tiga lelaki mengambil masa kira-kira dua minit untuk melarikan barang kemas bernilai hampir RM1.7 juta dalam rompakan di sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menaiki sebuah kenderaan menuju ke Genting Highlands untuk melakukan rompakan.

Katanya, suspek dipercayai memakai topi dan pelitup muka selain bersenjatakan kapak serta kuku kambing ketika menyerbu premis berkenaan.

“Semua mereka kemudian turut dikesan menuruni Genting Highlands, sejurus melakukan rompakan,” katanya lapor Berita Harian.

Azry berkata, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Pahang serta Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong kini giat menjejaki suspek berdasarkan siasatan dan risikan yang dijalankan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Malaysia nyaris benam Perancis

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara terlepas peluang meraih kemenangan dramatik selepas gol Fitri Saari kira-kira 30 saat sebelum tamat permainan dibatalkan umpire ketika seri 3-3 dengan Perancis dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Dunia Hoki 2026 di Belfius Hockey Arena, Belanda,

today17 August 2026