Polis berkata, siasatan mendapati laporan dibuat suami isteri itu palsu, sebaliknya mereka mendapatkan bayi terbabit daripada orang tengah dengan sejumlah bayaran.

PETALING JAYA: Dua pasang suami isteri antara lima ditahan berhubung laporan palsu penemuan bayi dan penjualan bayi kepada pihak ketiga.
Ketua Polis Machang, Mohd Adli Mat Daud, berkata pihaknya pada mula menerima laporan daripada sepasang suami isteri berusia 40 dan 43 tahun tahun mengenai penemuan seorang bayi perempuan berusia 14 hari dalam beg pada Selasa lalu.
Katanya, mereka mendakwa bayi itu ditemui bersama nota tulisan tangan pengakuan penyerahan anak secara sukarela tanpa nama penulis dan sehelai borang kelahiran tidak lengkap Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
“Siasatan telah dijalankan dan maklumat ibu bayi…