Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, penempatan dua pegawai polis itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan ditempatkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebagai usaha memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berkaitan kandungan di media sosial.
SKMM dalam hantaran di Facebook, memaklumkan penempatan pegawai polis berkenaan di agensi itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.
Menurut agensi itu, keputusan berkenaan dipersetujui menerusi pertemuan antara Pengerusi SKMM Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah JSJ Bukit Aman Abd Jalil…