Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 pekerja TM antara 8 ditahan curi kabel

today17 December 2024

Background


Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad menunjukkan kabel milik Telekom Malaysia yang dipotong dipercayai untuk dicuri. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Dua pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) antara lapan individu yang ditahan ketika sedang memotong kabel milik syarikat telekomunikasi itu disyaki untuk dicuri di Tanjung Bungah di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu pihaknya turut merampas 242 batang kabel seberat tiga tan bernilai kira-kira RM100,000.

Beliau berkata sebelum itu bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Timur Laut ternampak sekumpulan individu sedang memotong kabel di tepi jalan Tanjung Bungah dan ketika pemeriksaan, suspek menunjukkan borang pesanan kerja yang dikeluarkan oleh pihak TM.

“Curiga dengan keaslian borang tersebut, anggota membuat pengesahan dengan wakil pihak TM namun mereka mengesahkan bahawa tiada kebenaran melakukan kerja-kerja…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post