Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 pelajar IPG lemas: APMM tak terima makluman awal kegiatan kayak

today5 April 2026

Background


Semalam, dua penuntut IPG Perlis, Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika berkayak di Pantai Merdeka. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menerima sebarang makluman awal berhubung penganjuran kegiatan berkayak, yang mengakibatkan dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis lemas petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya tidak menerima makluman awal berhubung kegiatan itu daripada mana-mana jabatan berkaitan mahupun pihak pengurusan program berkenaan.

“APMM memandang serius insiden membabitkan dua penuntut IPG yang dilaporkan lemas ketika menyertai Program Pendidikan Luar Kampus. Sebarang aktiviti berskala besar di laut atau kawasan perairan terbuka perlulah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada agensi berkaitan.

“Ia bagi membolehkan penilaian risiko dilakukan serta langkah-langkah keselamatan sewajarnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Moraes penyelamat Gergasi Merah

Kuala Lumpur: Penyerang import, Chrigor Moraes muncul penyelamat apabila jaringan di masa kecederaan menyaksikan Selangor FC berjaya mengikat Kuching City FC 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, malam tadi.

today5 April 2026