Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 pelajar Malaysia maut, 3 cedera kemalangan di New Zealand

today30 March 2024

Background


Kemalangan yang mengorbankan 2 pelajar Malaysia berlaku di State Highway 8, berhampiran Lake Pukaki, New Zealand pada 1.30 tengah hari waktu tempatan. (Gambar Pexels)

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Malaysia terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di South Island, New Zealand.

Dalam kenyataan, Wisma Putra memaklumkan, tiga lagi pelajar Malaysia yang turut terbabit dalam kemalangan sama telah diterbangkan ke Hospital Christchurch untuk mendapatkan rawatan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar,” katanya.

Merakamkan ucapan takziah, Wisma Putra turut menyatakan kesediaan pihaknya dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia membantu sekiranya waris mahu membawa pulang jenazah ke Malaysia.

Terdahulu, media tempatan New Zealand melaporkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Tze Yong luah rasa kecewa

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meluahkan rasa kecewanya apabila hasratnya untuk cuba mencabar kedudukan ke temasya Olimpik Paris akhirnya terkubur.

today30 March 2024