Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 pelajar maut nahas ke sekolah

today2 October 2026

Background


kemalangan tambun
Tiga pelajar menaiki sebuah motosikal terlibat nahas dengan sebuah kereta dalam kejadian di Taman Perpaduan Ria, dekat Tambun, pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Dua pelajar sekolah maut, manakala seorang lagi parah dalam nahas dua kenderaan di Taman Perpaduan Ria, dekat Tambun, pagi tadi.

Difahamkan, dua mangsa yang maut merupakan adik-beradik dipercayai dalam perjalanan ke sekolah, namun identiti mereka belum dikenal pasti.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba Tambun dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat pada 7.22 pagi.

“Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan, iaitu kereta jenis Proton Saga dengan sebuah motosikal Yamaha EZ115.

“Kemalangan melibatkan tiga mangsa pelajar sekolah yang menaiki motosikal tersebut. Dua mangsa telah disahkan maut oleh pihak petugas kesihatan di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan dalam keadaan separa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Marhan enggan kecewa kali ketiga

Gifu: Kapten skuad hoki lelaki negara, Muhamad Marhan Mohd Jalil tidak rela skrip kekecewaan berulang apabila beraksi buat kali ketiga di pentas final Sukan Asia, kali ini menentang juara bertahan, India di Stadium Gifu, esok.

today2 October 2026