Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 pelajar universiti lemas di Kuala Kubu Bharu

today30 December 2022

Background



Seorang mangsa berjaya dibawa naik oleh rakan mereka dan seorang lagi ditemukan anggota bomba yang melakukan pencarian. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Dua pelajar sebuah universiti swasta ditemui lemas ketika mandi di Sungai Chiling Peretak, Kuala Kubu Bharu, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari.

“Seorang daripada mangsa berjaya dibawa naik oleh rakan mereka dan diberi bantuan pernafasan sebelum ketibaan pasukan penyelamat pada 12.22 tengah hari.

“Seorang lagi mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian kira-kira 12.45,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang berusia 21 tahun sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Shaik Rahim Khan Salauddin dan Muhammad Arief Haiqal Azhan.

Norazam berkata, berdasarkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post