Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Manchester United berjaya memastikan 3 mata milik mereka dalam aksi Roses Derby. Wira kepada kemenangan mereka adalah pemain gantian iaitu Fred dan Elanga yang masuk pada separuh masa kedua.

Sekali lagi Man United hampir terlepas 3 mata kerana kelekaan mereka pada awal separuh masa kedua.
Namun respon United selepas Leeds menyamakan kedudukan, harus dipuji.
Manchester United turun dengan formasi 4-2-3-1. Ralf Rangnick membuat kejutan apabila memberikan Lingard tempat di kesebelasan utama.
De Gea melakukan save pada minit ke-22 untuk menafikan percubaan Forshaw.
Man United mencipta beberapa gerakan menarik namun seringkali lemah di final third.
Pada minit ke-30, Robin Koch terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan di kepala.
Paul Pogba kemudian melorongkan bola kepada Bruno Fernandes. Namun percubaan Fernandes berjaya dibaca oleh Meslier yang menepis bola untuk sepakan…
