

Pengarah Eksekutif Mandiri Amir Hadi dan Pengarah Kewangan Dobby Chew dijangka dibebaskan daripada tahanan polis malam ini.
Koordinator Mandiri Hamdin Nordin berkata, wakil NGO itu bersama sebuah lagi kumpulan masyarakat sivil, Hayat, telah diminta hadir ke IPD Wangsa Maju bagi menandatangani dokumen pembebasan kedua-dua aktivis itu.
“Sementara menunggu pembebasan mereka, kami harap kerajaan tidak cuba menutup mulut pihak yang melawan rasuah,” katanya kepada FMT.
Kira-kira 50 ahli pelbagai pertubuhan masyarakat sivil berhimpun di luar lokap Jinjang bagi menuntut pembebasan kedua-dua aktivis itu.
Terdahulu, wakil kumpulan terbabit menyampaikan ucapan menuntut Amir dan Chew dibebaskan, mengecam apa yang disifatkan sebagai penyalahgunaan proses reman.
Polis menahan Amir dan Chew pada Selasa di bawah Akta Pencegahan…