Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 penghantar makanan ditahan, polis rampas 120 botol air ketum

today17 March 2023

Background


Polis berkata hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah.

Botol berisi air ketum yang dirampas di Ampang Jaya semalam. (Gambar polis)

PETALING JAYA: Sebanyak 120 botol cecair berisi air ketum dirampas selepas dua penghantar makanan ditahan di Pandan Indah, Ampang Jaya semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menerusi Op Tapis Khas.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu menemui 11 botol plastik berisi air ketum yang semuanya dianggarkan 8.25 liter.

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah di sekitar daerah ini dan menemui dua lagi botol berisi cecair dipercayai air ketum,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek kedua kemudian membawa polis ke sebuah lagi rumah yang dipercayai menjadi lokasi penyimpanan air ketum itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post