
PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan Putrajaya menggantikan hukuman gantung dua pengikut “Tuhan Harun” kepada hukuman penjara 40 tahun kerana membunuh ketua penolong pengarah bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) 11 tahun lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan permohonan semakan hukuman Sumustapha Suradi, 50, dan Shamsinar Abdul Halim, 47, untuk mengetepikan hukuman gantung mereka.
“Sumustapha dikenakan hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, sementara Shamsinar dikenakan 12 kali sebatan,” kata Tengku Maimun menurut Sinar Harian yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim dan Nordin Hassan.
Pada 2016, Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhkan hukuman mati terhadap dua lelaki itu yang didapati bersalah membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian…