
PETALING JAYA: Dua puak berebut kuasa dalam Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), dengan satu daripadanya mendakwa berlaku rampasan kuasa.
Borneo Post melaporkan Lina Soo, yang bertegas masih mengetuai parti pembangkang berpangkalan di Sarawak itu, berkata rampasan kuasa berlaku selepas puak pesaing mengisytiharkan presiden, setiausaha agung dan bendahari agung baharunya.
Soo berkata, beliau dihalau daripada mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu semalam, selepas mempersoalkan kesahihannya. Beliau kemudiannya membuat laporan polis.
Tetapi, Setiausaha Agung Aspirasi, Andygie Gines menepis dakwaan itu dengan berkata, keahlian Soo ditamatkan selepas perwakilan meluluskan usul untuk membatalkannya, lapor Dayak Daily.
Beliau menjelaskan satu usul dikemukakan untuk Soo dipecat daripada AGM itu, selepas beliau terus…