
MELAKA: Dua rakan yang disyaki melakukan aktiviti penipuan pinjaman tidak wujud mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memberi dan bersubahat merasuah seorang pegawai polis RM60,000 bagi mengelak dikenakan tindakan.
Teo Teck Qing, 26, didakwa memberi rasuah berjumlah RM60,000 kepada Supari Muhamad yang bertugas di IPD Melaka Tengah, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dirinya dan rakan-rakannya.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan kedai 99 Speedmart Simpang Point Fasa II Simpang Ampat, Alor Gajah pada 1 Jun 2023 sekitar 1.15 tengah hari.
Keong Kah Wai, 19, pula didakwa telah bersubahat dalam pelakuan Teo, yang memberikan suapan kepada pengadu yang sama, pada tarikh dan lokasi yang sama sebagai dorongan…