
PETALING JAYA: Dua tahanan Malaysia di Guantanamo yang mengaku bersalah di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat (AS) di Cuba atas konspirasi dalam pengeboman Bali pada 2002 akan berdepan hukuman penjara 20 hingga 25 tahun di bawah perjanjian prabicara.
Hakim Wesley A Braun dari Tentera Udara AS berkata demikian ketika bertanya kepada Nazir Lep dan Farik Amin, jika mereka tahu klausa ini dalam perjanjian yang ditandatangani mereka dengan Washington.
Beliau turut berusaha mendapatkan jaminan dua lelaki itu bahawa mereka menandatangani perjanjian itu secara sukarela tanpa sebarang paksaan dan tahu akibatnya.
Braun juga bertanya jika mereka bersetuju dengan klausa lain yang menetapkan sebarang hukuman kurungan boleh dilaksanakan dari tarikh mereka mengaku bersalah. Kedua-duanya menjawab secara…