Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 sindiket tumpas, lebih 400kg dadah dirampas

today11 March 2026

Background


Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar Sidang Media Narkotik
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan 3 hingga 5 Mac lalu.
SHAH ALAM:

Dua sindiket pengedaran dadah tumpas selepas enam suspek ditahan dan dadah dianggarkan bernilai RM14.6 juta dirampas di sekitar Lembah Klang minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata seorang lelaki tempatan, empat lelaki asing dan seorang wanita asing ditahan, manakala 105.1kg syabu serta 116.3kg ganja dirampas dalam empat serbuan di Gombak, KLIA, Sepang dan Sentul.

Kes pertama pada 3 Mac lalu membabitkan seorang lelaki tempatan 34 tahun dan seorang warga asing 47 tahun, dengan lima bag kanvas berisi 64 bungkusan plastik berlabel ‘Daguanyin’ mengandungi 105.1kg syabu dijumpai dalam sebuah van digunakan suspek.

Dadah itu dipercayai untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Shazeli berkata, warga tempatan dengan tiga rekod jenayah lampau itu bekerja sebagai penghantar barangan syarikat kurier, manakala warga asing sudah berkahwin itu yang tiada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Alysha Edward


Previous post

Sukan

Sinner atasi tentangan sengit Fonseca

Indian Wells, Amerika Syarikat: Juara empat kali Grand Slam, Jannik Sinner menewaskan pemain remaja berbakat dari Brazil, João Fonseca, 7-6 (8/6), 7-6 (7/4) dalam perlawanan sengit di Stadium Court hari ini untuk mara ke suku akhir kejohanan Terbuka BNP Paribas.

today11 March 2026