Hot FM

2 suspek cuba lolos ujian urin, polis nafi salah laku


Tangkap layar video tular memaparkan berlaku pergelutan beberapa anggota polis dengan dua lelaki, dalam Ops Cegah Jenayah semalam.

KUANTAN: Polis Pekan nafi sebarang bentuk salah laku ketika menahan dua buruh lelaki di KM2 Jalan Kuantan-Pekan semalam, dalam video tular di media sosial.

Ketuanya, Mohd Zaidi Mat Zin, berkata dalam Ops Cegah Jenayah kira-kira 9.40 malam itu, kereta jenis Perodua Axia dinaiki dua lelaki itu ditahan, sebelum pihaknya dan Agensi Antidadah Kebangsaan meminta suspek melakukan ujian saringan air kencing.

Beliau berkata, semasa suspek hendak dibawa melakukan ujian itu, kedua-duanya yang berusia 20 dan 31 tahun cuba meloloskan diri untuk masuk semula ke dalam kenderaan dengan menolak beberapa polis sehingga berlaku pergelutan.

“Akibat kejadian itu dua anggota polis terjatuh dan mengalami kecederaan ringan, bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya ditahan. Tangkapan dibuat menggunakan kekerasan minimum dan tiada sebarang salah laku oleh polis,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version