
SEREMBAN: Dua termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dan menerima suapan RM350,000 bagi membantu sebuah syarikat dilantik melakukan kerja menaik taraf di Kompleks Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur.
Pertuduhan ke atas CEO terbabit Mohd Zamry Sulaiman, 52, dan seorang lagi individu, Anuar Md Isa, 54, yang bekerja sendiri dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Zamry didakwa bersubahat dengan Anuar secara rasuah menerima suapan wang RM250,000 dan RM100,000 daripada seorang lelaki sebagai upah membantu sebuah syarikat dilantik bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Kompleks Bangunan Getah…
