Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 tren ETS siap dipasang, jangka mula operasi ke JB Ogos ini

today25 April 2025

Background


krmb
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata sekiranya semua ujian ini berjalan lancar, tren tersebut dijangka mula beroperasi menjelang Ogos ini.
PETALING JAYA:

Dua set pertama tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang menghubungkan laluan selatan ke Johor Bahru Sentral telah siap dipasang dan dijangka akan mula beroperasi menjelang Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Beliau berkata, dua set tren jenis Electric Multiple Unit (EMU) itu kini sedang menjalani ujian teknikal termasuk ujian dinamik dan ‘fault free run’.

“Sekiranya semua ujian ini berjalan lancar, tren-tren tersebut dijangka mula beroperasi menjelang Ogos tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, baki lapan set tren lagi sedang dipasang secara berperingkat di kilang pemasangan China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) di Batu Gajah.

“Semua sepuluh set dijadualkan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun hadapan, seterusnya memperkukuh kapasiti perkhidmatan rel negara,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post