Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 wanita ditahan seludup pil yaba lebih RM120,000

today1 March 2024

Background


Menurut Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, kedua-dua wanita itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Dua wanita ditahan kerana disyaki menyeludup 20,000 pil yaba yang dianggarkan bernilai RM128,480.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata kedua-dua suspek yang berumur 32 dan 38 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, di sini, Isnin lepas.

Beliau berkata polis telah memeriksa kereta berkenaan pada 2.30 petang dan menemukan satu tong putih yang di dalamnya terdapat satu guni mengandungi pil-pil yaba seberat 2,530 gram.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan mereka direman selama tujuh hari bermula Selasa lepas sehingga Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaki berkata kedua-dua wanita itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

TNB berada di landasan terbaik buru ‘treble’

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini berada di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan treble musim ini apabila memulakan saingan Piala TNB dengan gah selepas membelasah Kuala Lumpur City (KL) 7-0 dalam perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

today1 March 2024