
Dua wanita maut susulan tercampak keluar dari kereta Mercedes-Benz yang terbabas sebelum merempuh tebing di bahu kiri Lebuhraya Persekutuan di KM34 menghala ke ibu negara, awal pagi tadi.
Ketua Polis Petaling Jaya Shamsudin Mamat, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, kereta berwarna emas berkenaan dipercayai dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an dan kini sedang dikesan selepas melarikan diri.
Katanya, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar 7 pagi dan siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.
“Akibat pelanggaran itu, kenderaan berkenaan kemudian berpusing dan menyebabkan dua penumpang wanita warga tempatan yang berada di bahagian belakang, masing-masing berusia…