Site icon Hot FM

20 keterangan tak cukup kesan suspek bunuh Zayn, kata polis


Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, proses mengumpul maklumat menerusi pertanyaan dan pencarian dari rumah ke rumah disambung semula petang dan malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis sudah mengambil keterangan 20 individu dalam kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, tetapi ia belum cukup untuk mengesan suspek yang mendalangi kematian kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, polis kini perlu bekerja keras mengumpul maklumat yang boleh membantu siasatan.

Katanya, 16 keterangan sudah diambil daripada jiran, komuniti dan guru sekolah, manakala baki ialah ibu bapa serta saksi.

Beliau berkata, pakaian dipakai mangsa ketika ditemui juga diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Seperti yang saya sebut semalam, kes bukan ‘straight forward’, keterangan yang ada terhad. Justeru, kita masih mengumpul maklumat, termasuk menunggu keputusan analisa forensik dari Jabatan Kimia.

“Menerusi hasil forensik itu nanti dapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version