Site icon Hot FM

20 tahun guna MyKad orang lain, warga India dihukum penjara


Lelaki berusia 42 tahun itu ditangkap selepas dia hadir ke JPN untuk menukar kad pengenalan baharu.

Mahkamah Majistret Ayer Keroh menjatuhi hukuman penjara 11 bulan selepas tertuduh mengaku salah memiliki dan menggunakan kad pengenalan orang lain.

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka menjatuhi hukuman penjara 11 bulan terhadap seorang lelaki warga India kerana memiliki dan menggunakan kad pengenalan orang lain sejak lebih 20 tahun lalu.

Jahabudin Ahamed Hajmalgan, 42, yang juga penjual cendol dikenakan hukuman susulan mengaku salah di hadapan Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman selepas tuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, Jahabudin didapati memiliki MyKad palsu atas nama lelaki berusia 43 tahun dan beralamat di Jalan Tamby Chik Karim, Batu Berendam.

Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka, pada 12.15 tengah hari, 31 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version