Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata lepasan SPM akan dilatih selama 18 bulan untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1.

PUTRAJAYA: Sebanyak 200 syarikat dari pelbagai sektor disasarkan terlibat dalam program Academy in Industry (AiI) sehingga hujung tahun ini bagi melatih seramai 20,000 pelajar lepasan sekolah untuk menjadi pekerja berkemahiran, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Di bawah program tersebut, katanya, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilatih oleh syarikat berkenaan selama 18 bulan dan mereka akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 selepas tamat tempoh latihan.
“Kaedah ini lebih menarik buat anak muda lepasan sekolah kerana daripada mereka pergi ke institusi pengajian tinggi kemudian belajar dua tiga tahun baru nak menyertai sektor pekerjaan.
“Dia boleh masuk terus ke sektor…