

Lebih 200,000 penjawat awam di seluruh negara akan terlibat pelaksanaan peraturan bekerja dari rumah (BDR) bermula esok.
Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata bagaimanapun ia tertakluk kepada kelayakan dan kelulusan daripada ketua jabatan.
“Tetapi bukan semua dapat (terlibat) kita akan tengok. Ia ada beberapa faktor yang kita akan pertimbangkan.
“Kelulusan untuk BDR bawah ketua-ketua jabatan,” katanya ditemui selepas merasmikan program Inovasi Sektor Awam 2026.
Sementara itu, dalam ucapannya Shamsul yakin walaupun kerajaan membenarkan penjawat awam bekerja dari rumah, ia tidak menjejaskan prestasi pentadbiran.
“Saya yakin penjawat awam tidak baring, duduk dan berehat, dan penjawat awam juga tidak membeli-belah di pasar raya (ketika BDR).
“Kita tidak boleh menjadikan pelaksanaan BDR ini sebagai alasan untuk melambat-lambatkan atau menangguhkan mana-mana program asal…