Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kes kehilangan wang paling banyak membabitkan penipuan belian dalam talian sebanyak 9,258 kes.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, rekod laporan polis menunjukkan 20,041 kes kehilangan wang dari bank sepanjang tahun lalu.
Menteri kewangan itu berkata, kes paling banyak direkodkan ialah 9,258 kes penipuan belian dalam talian.
“Turut dilaporkan berkaitan ‘Macau Scam’ sebanyak 3,370 kes, penipuan pelaburan (3,266 kes), penipuan pinjaman tidak wujud (3,174 kes), ‘African scam/Love scam’ (792 kes), penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak 139 kes dan ‘Business Email Compromise’ (42 kes).
“Isu jenayah siber atau penipuan dalam talian ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global,”…