Site icon Hot FM

2,100 doktor kontrak dalam senarai menunggu jawatan tetap


Dipercayai, ini kali pertama begitu ramai calon tidak berjaya diletakkan dalam senarai menunggu.

Seramai 9,152 pegawai kontrak – terdiri daripada doktor, pegawai pergigian dan farmasi – dipanggil untuk temu duga bagi mengisi 4,914 jawatan tetap. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 2,138 doktor kontrak diletakkan dalam senarai menunggu selepas gagal mendapat jawatan tetap dalam perkhidmatan awam.

Mereka antara 9,152 pegawai kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipanggil temu duga bulan lalu bagi mengisi 4,914 jawatan tetap – 4,263 pegawai perubatan Gred UD43, 335 pegawai pergigian Gred UG41 dan 316 pegawai farmasi Gred UF41.

Bagi doktor kontrak pula, seramai 11,563 orang memohon 4,263 jawatan tetap, tetapi hanya 7,062 orang dipanggil temu duga.

Daripada mereka yang tidak berjaya, seramai 2,138 orang diletakkan dalam senarai menunggu. Ini berbeza dengan amalan lama di mana surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanya menyatakan “kesal untuk memaklumkan anda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version