
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 21,072 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Menerusi ciapan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan kini adalah 3,040,235.
Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 0.41% dalam Kategori 3, 4 dan 5, manakala Kategori 1 dan 2 sebanyak 99.59% atau 20,986 kes.
Beliau berkata, Kategori 3 merekodkan 58 kes, Kategori 4 (20 kes) dan Kategori 5 (lapan kes).