
PETALING JAYA: Dua puluh dua syarikat tempatan akan membuka kaunter tawaran kerja di kilang Goodyear Malaysia Berhad (Goodyear), Shah Alam untuk memilih pekerja baharu, kata Exco Selangor V Papparaidu.
Beliau berkata, pekerja Goodyear yang bakal hilang pekerjaan akibat penutupan kilang itu akan ditawarkan kerja baharu berdasarkan pengalaman mereka.
“Dalam usaha mengatasi isu ini, 22 syarikat tempatan yang memerlukan pekerja ini akan membuka kaunter mencari pekerja baharu di kilang Goodyear pada 22 hingga 26 April depan,” katanya menurut Sinar Harian susulan lawatan dan perbincangannya bersama wakil Goodyear di Shah Alam hari ini.
Wakil Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor, Ismail Abi Hashim turut menyertai perbincangan itu.
Pada 7 Mac lalu, pengeluar tayar global itu mengumumkan kilangnya…