
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memanggil wakil TikTok untuk bertemu ketua pengarang syarikat media, Isnin ini bagi membincangkan sekatan akaun di platform itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pada mulanya 23 akaun media yang disekat itu sudah dikembalikan tetapi hampir semua diturunkan sekali lagi, mungkin akibat masalah membabitkan kecerdasan buatan (AI) TikTok.
“Saya sudah minta SKMM memanggil TikTok untuk adakan satu pertemuan dengan ketua editor syarikat media.
“Saya difahamkan ia akan berlangsung insya-Allah Isnin ini,” katanya menurut Berita Harian selepas satu program di Kuala Lumpur.
Sebelum ini dilaporkan sebanyak 23 akaun TikTok organisasi media tempatan disekat kerana laporan berkaitan kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor, minggu lalu.
Dilaporkan SKMM…