Hot FM

23 akaun media disekat: SKMM panggil TikTok, ketua pengarang Isnin ini


tiktok
Fahmi Fadzil menegaskan TikTok perlu menyelaraskan sistem AI mereka dengan undang-undang dalam negara. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memanggil wakil TikTok untuk bertemu ketua pengarang syarikat media, Isnin ini bagi membincangkan sekatan akaun di platform itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pada mulanya 23 akaun media yang disekat itu sudah dikembalikan tetapi hampir semua diturunkan sekali lagi, mungkin akibat masalah membabitkan kecerdasan buatan (AI) TikTok.

“Saya sudah minta SKMM memanggil TikTok untuk adakan satu pertemuan dengan ketua editor syarikat media.

“Saya difahamkan ia akan berlangsung insya-Allah Isnin ini,” katanya menurut Berita Harian selepas satu program di Kuala Lumpur.

Sebelum ini dilaporkan sebanyak 23 akaun TikTok organisasi media tempatan disekat kerana laporan berkaitan kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor, minggu lalu.

Dilaporkan SKMM…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version