
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah lebih RM2.2 juta, termasuk 23 jam Rolex di sebuah kediaman dipercayai milik isteri seorang bekas pegawai tertinggi tentera darat.
Menurut sumber, jam tangan itu ditemui dalam dua bagasi ketika serbuan ke atas sebuah kediaman di Pantai Timur pagi tadi.
“Hasil pemeriksaan menemui 23 jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu dipercayai bersubahat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan rampasan itu.
Khamis lalu, bekas panglima tentera darat, Hafizuddeain Jantan dan dua isterinya direman dua hingga…