Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon, Israel, sebelum menaiki pesawat khas ke Istanbul, Turkiye bagi proses pulang ke tanah air.
Artikel Berkaitan: Fazura Tangguh Post Video Hadiah ‘Birthday’ Fatima, Hormat Isu GSF & Rakyat Gaza
Dalam perjalanan pulang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kesemua sukarelawan terbabit akan diterbangkan ke Istanbul hasil persetujuan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang turut membantu menguruskan urusan pembebasan melalui kerjasama penuh kerajaan Turkiye.
Pada Jumaat, tiga daripada sukarelawan Malaysia agak keberatan untuk menandatangani arahan pengusiran dari Israel.
Namun selepas perbincangan bersama Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery, mereka akhirnya bersetuju.
Alhamdulillah, kini semua 23 orang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon untuk menaiki pesawat…