
KUALA LUMPUR: Sebanyak 234 pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemas kini maklumat berkenaan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan bilangan PPV.
“Bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, orang ramai boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara ‘walk-in’ atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.
“KKM ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela, namun pengambilan vaksin Covid-19 adalah digalakkan terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang…