Site icon Hot FM

24 kematian dalam tahanan pada tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu


Kementerian Dalam Negeri berkata, 11 daripadanya berlaku di lokap polis manakala 13 lagi semasa tahanan menerima rawatan di hospital atau klinik atau dalam perjalanan ke hospital atau klinik.

Pada 2021 sebanyak 46 kes kematian dalam tahanan di mana 14 berlaku di dalam lokap.

PETALING JAYA: Sebanyak 24 kematian dalam tahanan direkodkan bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2022, turun hampir 50% berbanding tempoh yang sama pada 2021 iaitu 46 kes, Dewan Rakyat diberitahu.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, daripada 24 kematian yang dicatatkan pada 2022, 11 daripadanya berlaku di lokap polis manakala 13 lagi semasa tahanan menerima rawatan di hospital atau klinik atau dalam perjalanan ke hospital atau klinik.

Untuk 2021, sebanyak 14 adalah kematian dalam lokap, manakala 32 lagi semasa tahanan dalam perjalanan ke hospital atau klinik atau semasa menerima rawatan di hospital atau klinik, lapor Bernama.

Bagi membendung isu itu, Kementerian Dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version