Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
24 Pemain skuad bola sepak Malaysia bawah 23 tahun (B-23) kendalian Brad Maloney di KLIA, Sepang berlepas ke Hanoi, Vietnam hari ini bagi menghadapi acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA 2021.
Daripada senarai 24 pemain yang dipilih, Maloney akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain untuk didaftarkan bagi Sukan SEA 2021 pada Jumaat, 6 Mei 2022, iaitu sehari sebelum saingan Kumpulan B bermula.
Sementara, empat pemain yang tiada dalam senarai akhir 20 pemain itu akan terus kekal berada di Hanoi sebagai Senarai Bersedia bagi menggantikan mana-mana pemain yang terpaksa digugurkan jika diuji positif COVID-19 di sepanjang saingan Sukan SEA 2021 berlangsung.
Bagi Kumpulan B, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand pada Sabtu, 7 Mei 2022, jam 8.00 malam (waktu Malaysia), Laos pada Rabu, 11 Mei 2022, jam 8.00 malam (waktu Malaysia), Singapura pada Sabtu, 14 Mei 2022,…