
Seramai 2,518 pegawai perubatan meletak jawatan daripada perkhidmatan kesihatan awam antara Januari 2024 dan Jun tahun ini, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Bagaimanapun, katanya hanya 71 pegawai perubatan, atau kurang 3% daripada jumlah keseluruhan, meletak jawatan untuk bekerja di luar negara.
Menteri itu berkata, isu penghijrahan pakar (brain drain) melibatkan pegawai perubatan bukan sesuatu yang unik di Malaysia, malah berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara membangun.
Beliau berkata, doktor-doktor ini sering berhijrah kerana pakej gaji, peluang kerjaya dan persekitaran kerja yang lebih baik ditawarkan di negara berpendapatan tinggi, yang turut memiliki mata wang lebih kukuh.
Tambahnya, mobiliti tenaga kerja adalah ‘suatu realiti yang tidak dapat dielakkan’ bagi mana-mana…