

Seramai 26 banduan yang disabitkan dengan kesalahan membunuh dan mengedar dadah memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula tempoh pemenjaraan mereka supaya ia bermula dari tarikh mereka ditahan.
Sabitan terhadap mereka yang sebelum ini mengekalkan hukuman mati, telah diperakukan oleh mahkamah tertinggi itu sekurang-kurangnya 10 tahun lalu.
Mereka kemudian memohon pengampunan dan hukuman diringankan kepada hukuman penjara. Namun, lembaga pengampunan menetapkan tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh pengampunan diberikan, bukannya dari tarikh tangkapan.
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, banduan berkenaan memfailkan permohonan antara Disember 2024 hingga Januari 2025 di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 untuk mendapatkan perintah supaya hukuman mereka dikira secara…