
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan melaksanakan pendengaran secara bersemuka untuk kes membabitkan tujuh pemain warisan negara pada 26 Feb ini.
Perkembangan itu disahkan CAS menerusi kenyataan di laman rasminya hari ini.
“CAS mengesahkan pendengaran secara bersemuka untuk prosedur berikutnya akan diadakan pada 26 Feb di ibu pejabat CAS di Lausanne, Switzerland.
“Prosedur terbabit akan digabungkan dan didengar secara bersama,” katanya menurut Berita Harian.
September lalu, tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Hector Hevel, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) susulan isu pemalsuan dokumen.
Namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan CAS…