Ketua pengarah Jabatan Kastam berkata, tunggakan itu termasuk penalti ke atas semua syarikat dan entiti perniagaan lewat membayar GST.

PETALING JAYA: Sebanyak 26,000 syarikat dan entiti perniagaan belum membayar tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hampir RM2.1 bilion, walaupun cukai itu dimansuhkan pada 2018.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Zazuli Johan berkata, tunggakan itu termasuk penalti ke atas semua syarikat dan entiti perniagaan lewat membayar GST yang dilaksanakan pada 2015.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah berdiam diri, sebaliknya mengambil pelbagai pendekatan dan tindakan bagi mendapatkan semula hasil negara itu.
“Kita mengambil tindakan penguatkuasaan melalui pendakwaan di mahkamah, selain menyekat perjalanan ke luar…
