
KOTA KINABALU: Sebanyak 27 perkara akan dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadual dibentangkan kepada Kabinet pada 4 Jan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Ali berkata, 27 perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu hasil maklum balas daripada kerajaan Sabah dan Sarawak.
“Daripada 27 perkara itu, 22 perkara berkait langsung dengan MA63 dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), manakala lima lagi syor tambahan,” katanya selepas melawat penduduk Tanjung Aru Baru yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di sini.
Armizan berkata, satu daripada lima syor tambahan itu diumumkan perdana menteri baru-baru ini,…