Hot FM

27 termasuk pelajar tahfiz, warga emas keracunan makanan


Mohd Hafiz Muhammad Nor
Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, KKM buka kertas siasatan berhubung kejadian mengikut Akta Makanan 1983 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:

Seramai 27 individu, termasuk pelajar tahfiz dan penghuni pondok warga emas, berada dalam keadaan stabil selepas disyaki mengalami keracunan makanan di sebuah pusat pengajian agama di Kundang, Rawang, Khamis lepas.

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, semua mangsa berusia antara 13 hingga 84 tahun mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati hidangan yang diperoleh daripada sumber luar.

“Kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran serta Hospital Sungai Buloh dan siasatan lanjut berhubung kes ini kini dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak telah mula menjalankan siasatan serta mengambil keterangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version